Khamis, 23 Mac 2017

Refleksi Diri

Assalamualaikum, selamat sejahtera 😊 kali ini saya ingin berkongsi kisah dan pengalaman saya sepanjang berada di Kolej Matrikulasi Perlis (sem 2) terutamanya dalam subjek Dinamika. Untuk pengetahuan anda, Dinamika merupakan subjek yang perlu diberi perhatian kepada pelajar walaupun subjek tersebut merupakan subjek elektif. Hal ini kerana dinamika dapat membantu pelajar untuk lebih berkeyakinan dan mencungkil bakat baru pelajar terutamanya dalam percakapan.

Pada awal sem 2, saya dan rakan tutor yang menpunyai ahli sebanyak 8 orang  telah berjaya menerima cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi (ayat cliche πŸ˜‚) bagi menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah iaitu Puan Noorlida binti Mohd Arif. Tugas yang pertama ialah membuat video secara individu yang mengandungi latar belakang, misi dan visi, titik tolak kehidupan serta analogi diri. Video ini perlu dilakukan selama 5 minit. (emm lama 😢). Sepanjang menyiapkan tugasan tersebut, saya berasa sedikit gentar 😣 untuk merekod diri sendiri di dalam video tersebut. Kelemahan diri yang gugup telah menyebabkan tempoh persiapan menjadi agak begitu lama hampir nak putus asa sebenarnya πŸ˜• dan perlu diambil berulang kali disebabkan beberapa gangguan πŸ˜…. Alhamdulillah, saya berjaya mengatasi  kelemahan tersebut dan menyiapkannya dengan jayanya πŸ’ƒ hehe.. (siapa yang tak bangga kan? Kita dapat siapkan sesuatu tugasan dengan hasil kerja diri sendiri πŸ˜‡)

Tugasan yang kedua pula ialah kami perlu mengadakan kempen kemasyarakatan yang dipecahkan kepada dua bahagian iaitu membikinan video kempen dan majlis perasmian kempen secara kecil-kecilan. Sejujurnya, tugasan kali ini amatlah memberikan kenangan yang terindah kepada saya kerana terdapat pelbagai  ragam dan kerenah sebenar tutormate saya dapat dilihat dengan jelas. Kami agak bersatu padu dan bersemangat dalam menyiapkan tugasan tersebut walaupun kadang berlaku pergaduhan sesama kami, biasa la tu kan? Setelah berbincang, kami bersetuju untuk membuat kempen "SEHATI SEJIWA"✨ . Matlamat video tersebut ialah untuk menerapkan rasa kasih sayang dan keprihatinan terhadap orang sekeliling kita terutamanya keluarga dan rakan. Kami telah dibahagikan beberapa tugasan dan saya dengan sukarelanya menerima tugas sebagai jurumekap kerana tugasan tersebut agak simple dan menarik. πŸ’„ 

Video kempen ini telah dicetuskan oleh pensyarah Bahasa Inggeris kami iaitu Puan Aidura binti Aiyob 🎈(beliau merupakan pensyarah yang sporting dan paling rapat dengan kami sepanjang belajar di matrik ini). Beliau memberi cadangan untuk membuat kempen dengan membasuh kereta pensyarah di matrik. Tidak lupa juga, cikgu dinamika kami sendiri juga memberi banyak dorongan sepanjang tugasan ini dijalankan.

Jom tonton video tugasan kami πŸŽ₯✨ 

Melalui aktiviti tersebut, kami dapat menyalurkan dana kepada mangsa dengan jumlah wangπŸ’° yang agak lumayan. Selain itu, kutipan derma serta sumbangan pakaian lama jugak dilakukan. Penat lelah dan pengorbanan masa yang telah kami korbankan telah dibayar dengan mendapat pujian dari pensyarah dan tergolong antara video yang terbaik.

Seterusnya, kami diteruskan dengan majlis pelancaran kempen "Sehati Sejiwa" yang dilakukan secara kecil-kecilan. Kami perlu membahagikan tugasan dengan berlakon menjadi VVIP, pengarah kolej, pengarah projek, pembaca doa, penyambut tetamu dan 'audience". Pada mulanya, kami berhasrat untuk melancarkan kempen tersebut dengan dipenuhi belon tetapi apakan daya, belon-belon tersebut meletup sebelum kempen tersebut diadakan. Namun begitu, kami amat berpuas hati dengan hasil kerja kami walaupun terdapat perselisihan faham antara kami. Semua itu tidak menjadi penghalang kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, saya dan rakan-rakan ditugaskan untuk memberi ucapan umum berdasarkan tajuk yang telah dipilih untuk dipamerkan di dalam blog. Tidak dinafikan, saya berasa sangat nervous ketika berucap di hadapan tanpa teks dan sepenuhnya bercakap secara formal. Tugasan ini dapat memberi pengalaman kepada saya untuk diaplikasikan pada masa hadapan.

Ucapan umum telah dinilai oleh pensyarah sendiri dan rakan saya, Mira. Berikut merupakan markah yang saya dapat dalam ucapan tersebut :


Dengan ini, saya berpendapat bahawa subjek dinamika dapat memberi banyak manfaat kepada bakal-bakal mahasiswa dan mahasiswi selain meningkatkan keyakinan diri dan semangat berpasukan.


Sabtu, 18 Mac 2017

Tips menjaga penampilan diri

Holla! Hari ini saya ingin berkongsi tips yang sangat menarik dan penting agar orang sekeliling selesa bergaul dengan kita semua. Penampilan diri merupakan aset yang penting kerana ia menunjukkan peribadi diri. Jaga ambil mudah tentang penampilan diri kerana ia juga merupakan sarana dalam berkomunikasi khususnya apabila menjalani temu duga, temu ramah dan sebagainya.

1. Merawat diri

  • Memberus gigi (2 atau 3 kali sehari)
  • Mandi sekurang-kurangya sehari 2 atau 3 kali
  • Membersih muka dengan pembersih muka yang bersesuaian
  • Memotong kuku
  • Menyikat rambut 
  • Minum air biasa dengan mencukupi agar badan sentiasa segar serta tubuh dan kulit dapat dehidrasi.
  • Makan makanan yang seimbang agar anda mendapat tubuh badan yang sihat dan menarik.

2. Pakaian

  • Memakai pakaian mengikut tema dan keadaan
         a) Casual
         b) Classic/Elegant
         c) Sporty
         d) Bisnes Casual

Perkara ini perlulah dipraktikkan secara konsisten agar kelihatan sentiasa menarik, kemas dan bersih.

  • Bentuk Badan
          
Pemilihan pakaian dengan mengetahui bentuk pakaian adalah penting bagi memastikan rekaan pakaian anda sesuai dipadankan dengan badan anda.

  • Warna
Kenalpasti waktu sesuatu acara mahupun majlis agar dapat memilih warna pakaian seperti warna yang cerah atau gelap. Ramai yang gemar memakai pakaian berwarna putih dan hitam kerana mereka menganggap warna tersebut sesuai dengan kulit wajah mereka. Warna cerah akan menampakkan anda lebih ceria dan segar. Jangan takut untuk memakai pakaian yang cerah kerana ia akan kelihatan lebih positif dan bersemangat.

  • Warna kulit

Warna kulit gelap
Hindari warna coklat gelap, turquoise, hitam dan pastel lembut arna kulit gelap
● Warna-warna primer seperti pink tuabiru lembutkrimcoklat muda
Warna kulit sawo matang
Sesuai dengan warna-warna terang seperti navy, emas, jingga, kuning dan hijau
Elak warna merah bata, coklat gelap,hijau lumut dan biru tua
Warna kulit kuning langsat
Menarik mengenakan warna tropis seperti hijau, biru, kuning
Hindari warna bernuansa emas seperti karamel, coklat dan oren
Warna kulit putih
Warna-warna terang
Hitam dan pastel kelihatan lebih elegan
● Hindari warna ungu, merah dan kuning  


3. Aksesori pakaian

Bagi kelihatan lebih menarik dan mengelakkan gaya anda kelihatan kosong, anda boleh menambahkan beberapa aksesori. Peringatan: Elakkan memakai terlalu banyak aksesori kerana ia akan menyebabkan anda kelihatan terlalu melampau.

Bagi perempuan

Bagi lelaki

Tujuan menambahkan aksesori :
  •  Pelindung kulit/badan/mata dari cuaca yang dingin dan panas. 
  • Menyembunyikan bahagian tubuh yang kurang baik.

4. Personaliti yang menarik

  • Sentiasa senyum
Senyuman yang manis dapat menambat hati orang sekeliling sekaligus menjadikan susana lebih kondusif.
  • Menjadi diri sendiri
Apabila bertemu dengan seseorang, anda tidak perlu kawal tingkah laku anda kerana setiap orang mempunyai daya tarikan yang tertentu sehingga menyebabkan seseorang itu ingin berbicara dengan anda. Biarkan keperibadian anda terpancar keluar. 
  • Beramah mesra
Orang yang ramah lebih tertarik dengan orang yang pendiam dan kasar kerana ia akan mewujudkan suasana yang tenang dan selesa.

Di sini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Diharapkan segala info di atas dapat memberi manfaat kepada anda semua.