Sabtu, 18 Mac 2017

Tips menjaga penampilan diri

Holla! Hari ini saya ingin berkongsi tips yang sangat menarik dan penting agar orang sekeliling selesa bergaul dengan kita semua. Penampilan diri merupakan aset yang penting kerana ia menunjukkan peribadi diri. Jaga ambil mudah tentang penampilan diri kerana ia juga merupakan sarana dalam berkomunikasi khususnya apabila menjalani temu duga, temu ramah dan sebagainya.

1. Merawat diri

  • Memberus gigi (2 atau 3 kali sehari)
  • Mandi sekurang-kurangya sehari 2 atau 3 kali
  • Membersih muka dengan pembersih muka yang bersesuaian
  • Memotong kuku
  • Menyikat rambut 
  • Minum air biasa dengan mencukupi agar badan sentiasa segar serta tubuh dan kulit dapat dehidrasi.
  • Makan makanan yang seimbang agar anda mendapat tubuh badan yang sihat dan menarik.

2. Pakaian

  • Memakai pakaian mengikut tema dan keadaan
         a) Casual
         b) Classic/Elegant
         c) Sporty
         d) Bisnes Casual

Perkara ini perlulah dipraktikkan secara konsisten agar kelihatan sentiasa menarik, kemas dan bersih.

  • Bentuk Badan
          
Pemilihan pakaian dengan mengetahui bentuk pakaian adalah penting bagi memastikan rekaan pakaian anda sesuai dipadankan dengan badan anda.

  • Warna
Kenalpasti waktu sesuatu acara mahupun majlis agar dapat memilih warna pakaian seperti warna yang cerah atau gelap. Ramai yang gemar memakai pakaian berwarna putih dan hitam kerana mereka menganggap warna tersebut sesuai dengan kulit wajah mereka. Warna cerah akan menampakkan anda lebih ceria dan segar. Jangan takut untuk memakai pakaian yang cerah kerana ia akan kelihatan lebih positif dan bersemangat.

  • Warna kulit

Warna kulit gelap
Hindari warna coklat gelap, turquoise, hitam dan pastel lembut arna kulit gelap
● Warna-warna primer seperti pink tuabiru lembutkrimcoklat muda
Warna kulit sawo matang
Sesuai dengan warna-warna terang seperti navy, emas, jingga, kuning dan hijau
Elak warna merah bata, coklat gelap,hijau lumut dan biru tua
Warna kulit kuning langsat
Menarik mengenakan warna tropis seperti hijau, biru, kuning
Hindari warna bernuansa emas seperti karamel, coklat dan oren
Warna kulit putih
Warna-warna terang
Hitam dan pastel kelihatan lebih elegan
● Hindari warna ungu, merah dan kuning  


3. Aksesori pakaian

Bagi kelihatan lebih menarik dan mengelakkan gaya anda kelihatan kosong, anda boleh menambahkan beberapa aksesori. Peringatan: Elakkan memakai terlalu banyak aksesori kerana ia akan menyebabkan anda kelihatan terlalu melampau.

Bagi perempuan

Bagi lelaki

Tujuan menambahkan aksesori :
  •  Pelindung kulit/badan/mata dari cuaca yang dingin dan panas. 
  • Menyembunyikan bahagian tubuh yang kurang baik.

4. Personaliti yang menarik

  • Sentiasa senyum
Senyuman yang manis dapat menambat hati orang sekeliling sekaligus menjadikan susana lebih kondusif.
  • Menjadi diri sendiri
Apabila bertemu dengan seseorang, anda tidak perlu kawal tingkah laku anda kerana setiap orang mempunyai daya tarikan yang tertentu sehingga menyebabkan seseorang itu ingin berbicara dengan anda. Biarkan keperibadian anda terpancar keluar. 
  • Beramah mesra
Orang yang ramah lebih tertarik dengan orang yang pendiam dan kasar kerana ia akan mewujudkan suasana yang tenang dan selesa.

Di sini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Diharapkan segala info di atas dapat memberi manfaat kepada anda semua. 

1 ulasan: