Pada awal sem 2, saya dan rakan tutor yang menpunyai ahli sebanyak 8 orang telah berjaya menerima cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi (ayat cliche π) bagi menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh pensyarah iaitu Puan Noorlida binti Mohd Arif. Tugas yang pertama ialah membuat video secara individu yang mengandungi latar belakang, misi dan visi, titik tolak kehidupan serta analogi diri. Video ini perlu dilakukan selama 5 minit. (emm lama πΆ). Sepanjang menyiapkan tugasan tersebut, saya berasa sedikit gentar π£ untuk merekod diri sendiri di dalam video tersebut. Kelemahan diri yang gugup telah menyebabkan tempoh persiapan menjadi agak begitu lama
Tugasan yang kedua pula ialah kami perlu mengadakan kempen kemasyarakatan yang dipecahkan kepada dua bahagian iaitu membikinan video kempen dan majlis perasmian kempen secara kecil-kecilan. Sejujurnya, tugasan kali ini amatlah memberikan kenangan yang terindah kepada saya kerana terdapat pelbagai ragam dan kerenah sebenar tutormate saya dapat dilihat dengan jelas. Kami agak bersatu padu dan bersemangat dalam menyiapkan tugasan tersebut walaupun kadang berlaku pergaduhan sesama kami, biasa la tu kan? Setelah berbincang, kami bersetuju untuk membuat kempen "SEHATI SEJIWA"✨ . Matlamat video tersebut ialah untuk menerapkan rasa kasih sayang dan keprihatinan terhadap orang sekeliling kita terutamanya keluarga dan rakan. Kami telah dibahagikan beberapa tugasan dan saya dengan sukarelanya menerima tugas sebagai jurumekap kerana tugasan tersebut agak simple dan menarik. π
Video kempen ini telah dicetuskan oleh pensyarah Bahasa Inggeris kami iaitu Puan Aidura binti Aiyob π(beliau merupakan pensyarah yang sporting dan paling rapat dengan kami sepanjang belajar di matrik ini). Beliau memberi cadangan untuk membuat kempen dengan membasuh kereta pensyarah di matrik. Tidak lupa juga, cikgu dinamika kami sendiri juga memberi banyak dorongan sepanjang tugasan ini dijalankan.
Jom tonton video tugasan kami π₯✨
Melalui aktiviti tersebut, kami dapat menyalurkan dana kepada mangsa dengan jumlah wangπ° yang agak lumayan. Selain itu, kutipan derma serta sumbangan pakaian lama jugak dilakukan. Penat lelah dan pengorbanan masa yang telah kami korbankan telah dibayar dengan mendapat pujian dari pensyarah dan tergolong antara video yang terbaik.
Seterusnya, kami diteruskan dengan majlis pelancaran kempen "Sehati Sejiwa" yang dilakukan secara kecil-kecilan. Kami perlu membahagikan tugasan dengan berlakon menjadi VVIP, pengarah kolej, pengarah projek, pembaca doa, penyambut tetamu dan 'audience". Pada mulanya, kami berhasrat untuk melancarkan kempen tersebut dengan dipenuhi belon tetapi apakan daya, belon-belon tersebut meletup sebelum kempen tersebut diadakan. Namun begitu, kami amat berpuas hati dengan hasil kerja kami walaupun terdapat perselisihan faham antara kami. Semua itu tidak menjadi penghalang kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, saya dan rakan-rakan ditugaskan untuk memberi ucapan umum berdasarkan tajuk yang telah dipilih untuk dipamerkan di dalam blog. Tidak dinafikan, saya berasa sangat nervous ketika berucap di hadapan tanpa teks dan sepenuhnya bercakap secara formal. Tugasan ini dapat memberi pengalaman kepada saya untuk diaplikasikan pada masa hadapan.
Ucapan umum telah dinilai oleh pensyarah sendiri dan rakan saya, Mira. Berikut merupakan markah yang saya dapat dalam ucapan tersebut :
Dengan ini, saya berpendapat bahawa subjek dinamika dapat memberi banyak manfaat kepada bakal-bakal mahasiswa dan mahasiswi selain meningkatkan keyakinan diri dan semangat berpasukan.
done... good
BalasPadamThe 8 Best Casinos in Philadelphia
BalasPadamBest Casinos in Philadelphia · 1. 888 μμ° μΆμ₯λ§μ¬μ§ Casino μμ£Ό μΆμ₯μ΅ Philadelphia · μμ° μΆμ₯μ΅ 2. 888 Casino Philadelphia · 3. Caesars Philadelphia · 4. 888 νμ£Ό μΆμ₯λ§μ¬μ§ Casino ν΅μ μΆμ₯λ§μ¬μ§ Las Vegas · 5. 888 Casino