Isnin, 18 September 2017

Persediaan menjalani temuduga IPG

Buat pelepasan SPM iaitu berumur 18 tahun dan 19 tahun, semestinya anda tidak ketinggalan mencuba nasib dalam bidang perguruan. Tambahan pula, ramai yang berminat dengan dunia pendidikan juga tidak terlepas memohon untuk memasuki IPG. Jadi, persaingan semakin bertambah dan peluang untuk mendapatkannya semakin nipis. Akan tetapi, janganlah adik-adik mudah berputus asa kerana setiap takdir boleh diubah dengan berusaha dan tawakal dari Allah.😊

Disini saya ingin berkongsi tips yang berguna untuk adik-adik yang akan menjalani temuduga perguruan tidak lama lagi. Melalui pengalaman saya, temuduga ini agak mencabar dan menguji minda adik-adik untuk menjawab secara spontan apa yang bakal ditanya oleh penemu duga tersebut.

1. Keberanian

Anda mungkin diuji mengikut subjek yang anda dapat. Sebagai contoh, pendidikan khas. Anda mungkin perlu menyanyi lagu ABC dan melakonkan anda sebagai guru disebuah tadika dan mengajar anak-anak kecil. Hal ini kerana mereka ingin melihat perwatakan kita sebagai seorang pendidik. Oleh itu, jangan takut dan gugup apabila disuruh melakukan sesuatu ketika iv. Mulakan dengan bismillah. Insha Allah, hati tenang ketika ditemuduga.

2. Keyakinan

Sudah tentu anda dinilai melalui cara percakapan yang berkeyakinan serta jelas dan berdedikasi sebagai seorang guru. Cakap dengan yakin walaupun anda tidak pasti dengan apa yang kamu cakap. Penemu duga tidak melihat jawapan anda betul, mereka hanya melihat cara kita berkomunikasi dan percakapan sahaja. tapi jangan la bagi jawapan yang tak masuk akal😭



3. Pemakaian yang menarik

Bagi perempuan, anda digalakkan memakai baju kurung dan berkasut tutup bertumit (kalau tak ada tumit pun, takpeπŸ˜…) . Untuk kelihatan yang menarik, pilihlah warna pakaian yang cerah dan tidak melebihi 3 warna pada pakaian tersebut. Tudung biarlah dipin dengan kemas. Kalau pakai selendang tu, jangan belit dekat tengkuk ja kerana sebagai bakal guru, kita perlu tunjuk yang kita dijadikan role model kepada pelajar kita nanti.

Bagi lelaki pula, anda semestinya diwajibkan memakai baju kemeja, bertali leher dan berseluar slack. Sekiranya badan anda saiz M, pakailah saiz M kerana baju yang terlalu longgar akan dilihat selekeh. Kasut bertutup dan berwarna gelap. Lebih nampak hensem jika memakai kasut yang berkulit.😌 Jangan lupa pakai tali pinggang supaya kelihatan kemas dan bergaya.

Extra tips: Bonus bagi anda yang memakai blazer yang gelap beserta pin nama kerana anda akan kelihatan wowwwww gitu. 😎

     



4. Gaya

Ada kalanya anda juga diuji dengan cara anda berjalan, tingkah laku serta personaliti anda. Sebagai contoh, anda dikehendaki berjalan sambil memegang kertas untuk beberapa langkah untuk melihat cara anda berjalan. Tegakkan badan dan berjalan dengan confident.

5. Mesra dengan temuduga

Jangan terlalu menunjukkan anda terlalu nervous. Cuba untuk lebih mesra denga temuduga dengan sedikit gelak ketawa dan senyuman yang manis apabila bercakap. Mungkin senyum itu dapat menarik perhatian temuduga dan mereka akan berasa lebih selesa dengan anda sekaligus persekitaran di situ tidaklah terlalu tegang.


6. Pengetahuan am.

Study tentang pengetahuan am khususnya dalm bidang pendidikan dan keadaan semasa kerana ia amat berguna ketika temuduga nanti. Minda biarlah bersedia dengan jawapan-jawapan sebagai seorang guru. Contohnya, pendidikan khas. Kaji tentang apa itu pendidikan khas dan penyakit-penyakit yang dialami oleh kanak-kanak di situ. Ini akan menampakkan anda bersungguh-sungguh untuk menhjadi seorang guru yang berwawasan dan faham akan keadaan anak muridnya.😼



7. Dokumen penting.

Buat persediaan awal sebelum temuduga. Pastikan dokumen yang diperlukan ada, letakkan ia didalam fail. Susun dokumen tersebut dengan teratur. Contohnya, yang penting letak paling atas. Surat tawaran temuduga wajib bawa.

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Diharap segala perkongsian pengalaman ini dapat membantu ada semua pada masa yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan